Assalamualaikum & Nin Hào

Okay, saya sudah tukar nama. Saya tak suka nama yang diberi dahulu. It was Timun, right? Itu nama dahulu, bukan nama sekarang. Senang cakap, sudah tidak wujud lagi di dalam hidup saya. Saya rasa bagai dikongkong pula oleh nama tersebut ~

Apa cerita pula nama Amoi Athirah ini? Tak ada kerja, saya letak nama ini. Dari mana dapat nama macam ini? Oh, yang itu tak boleh bagitahu! Semestinya, biarlah rahsia. Nak tanya sedikit, okay tak header saya dengan gambar Amoi Mustachedekat sebelah itu?

Sebenarnya, saya minta maaflah jika saya selalu ubah penampilan belog. Kadang-kadang, saya rasa sakit hati pula tengok cara yang sama sahaja. Buat sakit hati Amoi lagilah. Nak kongsi sedikit cakap Cina dengan semua. Boleh, betul?
Zhèyàng shāngxīn, méiyǒu rén xīwàng kàn dào
Saya tak ambil dari Google Translate tetapi saya buat huruf-huruf itu di [WO] Saya pun tahu juga bahasa lain. Esok ada Gerak Gempur dekat sekolah. Saya tak ulangkaji habis lagi. Penat, saya sangat penat. Nak tolong awak yang banyak soalan dan nak balas komen serta pertanyaan dengan segera.

Mungkin sampai di sini sahaja cerita saya. Rajin-rajinlah panggil saya, Amoi ya? Tiada paksaan untuk anda. Sekadar cadangan yang mengarut semata-mata. Tak salah, berkongsi. Maaflah, mengarut sahaja semua itu. Oh, nak tahu tak apa maksud tadi? Komen dekat bawah ini! Wassalamualaikum & Zàijiàn


Assalamualaikum & Nin Hào

Okay, saya nak tanya atau nak kongsi bersama maklumat yang kurang penting ini. Harap-harap, semua tahulah pendapat saya dan yang lain fasal tajuk di atas. Bukan tak kasi awak ikut belog seseorang, cuma nak tahu apa motif awak berbuat sedemikian ~

Motif Saya Ikut Belog Seseorang :

- Suka akan bakat seni seseorang ada
- Menjadi pembaca setia
- Berkongsi maklumat bersama
- Mengenali sesama sendiri
- Mengeratkan hubungan
- Menolong mereka yang inginkan pertolongan

Kurang Suka Banyak Pengikut :

- Rasa seperti dikongkong oleh sesetengah mereka
- Suka akan kecantikkan dan bukannya isi yang ada
- Pengikut tidak ikhlas
- Suka mendesak dengan segera

Apa motif awak semua ikut belog orang? Daripada jadi seperti di atas, lebih baik kita jadi pembaca setia. Pembaca setia lebih berharga daripada pengikut. Bak kata Nina, wajah kita hodoh tetapi hati kita ikhlas itulah yang kita pilih. Betul, bukan? Wassalamualaikum & Zàijiàn

No comments:

Post a Comment